Pengurus Projek TNB, Wanita Bebas Reman SPRM

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 1:38 PM

GAMBAR fail bertarikh 10 Mei 2017 menunjukkan dua individu termasuk seorang pengurus projek TNB ditahan reman lima hari berhubung dakwaan rasuah membabitkan tender pembekalan barangan pengubahsuaian pejabat TNB di sekitar Kuala Lumpur. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pengurus projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan seorang wanita yang direman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah, dibebaskan pada Ahad.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 55 dan 51 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Kedua-dua individu terbabit sebelum ini dilaporkan ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan tender pembekalan barangan pengubahsuaian pejabat TNB di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut jurucakap SPRM, kedua-dua suspek ditahan pasukan penguat kuasa SPRM di sebuah lokasi di Lembah Klang pada 10 Mei lepas.

Katanya, selaku pengurus projek, lelaki tersebut didakwa bertindak mengagihkan tender projek kepada kontraktor lain, sedangkan ia sepatutnya diagihkan kepada syarikat panel di bawah TNB.

Sebagai habuan di atas pemberian tender berkenaan, lelaki itu dikatakan menerima sebuah kereta BMW 5 Series daripada suspek, iaitu seorang wanita yang juga pemilik syarikat pengubahsuaian terbabit.

Kerja pengubahsuaian tersebut dipercayai berlaku pada 2014 di beberapa pejabat TNB di Kuala Lumpur, kata jurucakap itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SPRM , TNB

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan