Polis Kenal Pasti Suspek Samun, Rogol

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 1:23 PM

Polis sudah mengenal pasti identiti suspek kejadian samun dan rogol yang berlaku di Bandar Kinrara.

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Pihak polis berjaya mengenal pasti suspek di sebalik kejadian rompakan dan rogol di Bandar Kinrara di sini.

"Kami akan meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian ini," kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi The Star pada Ahad.

Beliau turut mengesahkan pemilik premis juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara pada pukul 4.23 petang Sabtu.

Pemilik tersebut mengesahkan kejadian jenayah itu berlaku di premisnya kira-kira pukul 11 malam pada Khamis.

Video rakaman selama empat minit itu menjadi tular pada Sabtu. Dalam kejadian itu, dua individu dipercayai memasuki premis tersbut dengan niat untuk merompak.

Tidak sekadar melakukan rompakan, suspek itu bertindak merogol juruwang di sudut yang tersorok di premis berkenaan.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) merogol mangsa secara bergilir-gilir dan gambar mereka sudah pun tersebar kepada orang awam melalui laman sosial dan aplikasi pesanan Whatsapp.

Gambar tersebut menunjukkan dua lelaki dengan tangan bergari dan dibawa masuk ke dalam kenderaan berwarna hitam.

Apabila ditanya sama ada gambar tersebut adalah gambar kedua-dua suspek itu, Megat Mohamad Aminuddin menjelaskan tidak menafi atau mengiakan dan berkata bahawa kes masih dalam siasatan.

Polis telah menubuhkan pasukan tindakan khas untuk menjalankan siasatan.

Tags / Kata Kunci: Bandar Kinrara , rogol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan