'Pencuri' Di Masjid Berjaya Ditangkap

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki ditangkap kerana mencuri beberapa barang berharga daripada seorang wanita di sebuah masjid di Jelutong.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata beberapa orang jemaah cuba menghalang remaja berusia 17 tahun itu, tetapi gagal kerana melarikan diri menggunakan sebuah motosikal kira-kira pukul 8.45 malam Khamis.

"Kira-kira dua jam kemudian, ahli-ahli jawatankuasa masjid menemui pencuri di sebuah restoran dan terus menghubungi polis.

"Dia telah ditangkap dan beg yang dicurinya berjaya ditemui," jelasnya.

Beliau berkata, suspek dipercayai turut mencuri di beberapa buah masjid lain sejak beberapa bulan lalu.

Kes ini telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan suspek akan didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: Curi beg , masjid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan