Bayi Ditinggalkan Di Terowong - Berita Jenayah | mStar

Bayi Ditinggalkan Di Terowong

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 8:11 PM

(Ubah saiz teks)

MUALLIM: Seorang wanita warga emas menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam sebuah terowong di taman permainan kanak-kanak di Taman Pergola dekat Slim River, Ahad.

Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata wanita berumur 60 tahun itu menemui bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat ketika sedang bersenam kira-kira pukul 7 pagi.

"Ketika ditemui bayi tersebut dibalut dengan kain batik. Jantina bayi ialah lelaki dan berkulit cerah, namun bangsanya tidak dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Kamarul Azran, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan dan kes itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: bayi , terowong
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan