Dua Pelajar UiTM Maut Dihempap Pokok Tumbang

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 3:08 PM

Anggota Pertahanan Awam (APM) membawa mayat mangsa yang maut dihempap pokok ketika melakukan aktiviti ikhtiar hidup di Lata Ceroh, Janda Baik. Foto JBPM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor maut sementara enam lagi cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika menjalani aktiviti survival di Air Terjun Lata Charok, Janda Baik, Bentong awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mangsa yang maut ialah Noorain Mokhtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Muaz, Farahanisa, Aini Sofia, Aida Farida, Mohd Amar Afendi yang kini dirawat di Hospital Bentong, manakala Muhamad Haziq Radzuan, 21, yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

"Seramai 140 pelajar dan empat pensyarah tiba di kawasan air terjun berkenaan pada jam 11.30 malam dan sepatutnya turun jam 5 pagi ini.

"Bagaimanapun semasa sedang menjalani aktiviti survival itu, sebatang pokok tumbang dan menghempap para pelajar," katanya.

Mayat Noorain ditemukan pagi Sabtu sebaik operasi mencari dan menyelamat dilakukan, manakala mayat Muhammad Kamil yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan di bawah sebatang pokok balak kebih kurang dua kilometer dari trek berjalan kaki.

Usaha untuk membawa turun mayat kedua-dua mangsa kini sedang giat dilakukan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta polis. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: UiTM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan