Tiga Warga Turki Dihantar Pulang Ke Ankara

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki Turki yang ditahan polis Bukit Aman kerana mengancam keselamatan negara telah dihantar pulang ke negara asal mereka, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa Turgay Karaman, Ihsan Aslan dan Ismet Ozcelik telah dihantar pulang ke Ankara pada malam Khamis.

"Kami mengesahkan bahawa warga Turki berkenaan telah dihantar pulang ke Ankara malam tadi," katanya di Twitter @KBAB51 pada Jumaat.

The Star sebelum ini melaporkan mengenai penahanan Ismet Ozcelik, minggu lalu.

Dia sedang menaiki kereta bersama anaknya Suheyl dan individu ketiga yang tidak dikenali apabila mereka diminta untuk berhenti dan keluar dari kenderaan.

Menurut peguam Ozcelik Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani, kereta itu telah ditahan oleh seorang lelaki dan anak guamnya telah dibawa lari.

Telefon Ozcelik dan Suheyl juga telah dirampas.

"Suheyl dan seorang lagi lelaki tidak ditangkap, tetapi mereka tidak dapat dihubungi pada masa ini," kata Muhammad Faizal.

Penangkapan Ozcelik berlaku selepas pengetua sebuah sekolah antarabangsa Turgay Karaman dan ahli perniagaan Ihsan Aslan ditahan dua hari sebelum itu.

Ozcelik sepatutnya hadir ke perbicaraan pada Rabu dan Khamis kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Bagaimanapun, perbicaraan itu telah ditangguhkan ke 19 Mei.

Tags / Kata Kunci: warga Turki , KPN , Ankara

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan