SPRM: Wang Tunai RM1.5 Juta Disita

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 2:59 PM

Salah seorang daripada dua kontraktor yang ditahan berhubung kes rasuah membabitkan lebih RM20 juta untuk meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menyita sejumlah RM3 juta termasuk wang tunai RM1.5 juta di rumah salah seorang daripada dua suspek  yang ditahan Selasa lalu kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional warga asing bernilai lebih RM20 juta.

Sumber SPRM memberitahu, pihaknya turut membekukan deposit tetap berjumlah RM1.5 juta, yang dipercayai milik suspek utama yang berkhidmat sebagai pegawai Imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, Perlis.

“Dengan rampasan itu, ia menjadikan jumlah sitaan dan pembekuan setakat ini adalah RM6.57 juta. Kita percaya suspek mempunyai banyak lagi wang yang disorokkan dan kita yakin dapat mengesan wang tersebut dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan perkara berkenaan.

Selasa lepas, seorang kontraktor bergelar Datuk  berusia 53 tahun ditahan di Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11 malam manakala seorang lagi berusia 37 tahun di sebuah rumah di Petaling Jaya pada pukul 9.30 malam.

Mereka dipercayai menjadi penjaga aset dan harta kepada suspek utama berkenaan.

Ia susulan penahanan tiga lelaki pada Isnin, termasuk pegawai kanan Imigresen yang bertugas di Padang Besar, Perlis, masing-masing berusia 37 dan 34 tahun serta seorang kontraktor berusia 48 tahun.

Mereka ditahan di sekitar Perlis dan Alor Setar kerana disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional yang melibatkan 339 permohonan dengan 18,626 pas diluluskan sejak 2015.

Susulan itu, SPRM merampas wang tunai bernilai RM1.9 juta, lima kenderaan mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, jam tangan dan beg tangan berjenama serta deposit tetap hampir RM1 juta.

Jumlah mereka yang ditahan berhubung kes berkenaan setakat ini adalah sebanyak lima orang. -Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , rasuah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan