Pengurus Cerita Detik Cemas Restoran Disamun

Diterbitkan: Rabu, 10 Mei 2017 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelanggan yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran di Taman Melawati terkejut lokasi pilihan mereka yang dianggap selamat, sebenarnya meleset apabila lima lelaki berparang menyerbu restoran tersebut dan merampas barang-barang berharga milik mereka.

Kejadian samun pada malam Sabtu itu yang video rakamannya menjadi tular menggemparkan pelanggan dan kakitangan premis itu apabila lima penyamun terbabit muncul di restoran itu yang hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar, dan kenderaan perlu mengambil tiket letak kereta untuk masuk ke kawasan tersebut.

Restoran ini juga terletak bersebelahan dengan sebuah institusi kewangan di mana terdapat kawalan keselamatan 24 jam.

Mengimbas kembali kejadian itu, pengurus restoran Muhd ​​Ainul Yakin, 22, berkata kakitangannya sedang sibuk dan tidak menyedari kehadiran 'tetamu tidak diundang' itu.

"Empat meja di bahagian depan telah penuh. Dua lagi meja juga ada pelanggan," katanya.

"Terdapat enam pekerja, termasuk saya, pada masa itu.

"Ketika itu saya baru nak hidangkan nasi kepada pelanggan, tiba-tiba seorang lelaki memakai topi keledar menolak pintu dengan kuat. Kami semua terkejut," katanya.

Muhd Ainul berkata, tiga daripada penjenayah telah menghampiri meja pelanggan dan mengambil barang-barang mereka. Seorang lagi ke kaunter wang tunai dan mengosongkannya.

"Kami tak dapat berbuat apa-apa," kata Muhd ​​Ainul.

Tiba-tiba, sistem penggera di sebelah berbunyi, menyebabkan perompak melarikan diri.

Ketika melarikan diri, salah seorang daripada mereka sempat mengalihkan meja di hadapan restoran untuk menyekat pintu, sambil mendakwa restoran itu tidak membayar 'wang perlindungan'.

Katanya, ia adalah sesuatu yang menghairankan, kerana tiada siapa yang pernah meminta wang tersebut sejak restoran itu dibuka tujuh bulan lalu.

Muhd Ainul berkata, rompakan itu berlaku selama beberapa minit.

"Kami lega kerana tidak ada yang cedera," katanya.

Restoran berkenaan kini dipasang sistem keselamatan di pintu masuk. Pelanggan hanya boleh masuk jika pekerja menekan butang untuk pintu dibuka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias dalam kenyataan pada Ahad berkata, penjenayah telah merompak lapan pelanggan pada masa itu.

Jumlah wang tunai dan barang-barang berharga yang dibawa lari adalah RM29,745. Rakaman video rompakan itu telah menjadi tular.


Tags / Kata Kunci: rompak , parang , Taman Melawati

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan