Padah Samun Guna Pistol Mainan

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 5:02 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dengan menggunakan senjata mainan di sebuah premis perniagaan di Bandar Perda dekat sini Khamis lepas.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Tersusun, Perai kira-kira pukul 6 pagi Isnin, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

"Lelaki itu dikenal pasti berdasarkan rakaman CCTV di kawasan premis yang disamun itu. Polis turut merampas sepucuk pistol mainan berwarna hitam dan sebuah motosikal daripada lelaki yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjatakan pistol mainan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah sejak awal tahun ini," katanya di sini Selasa.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata polis menahan empat anggota geng samun dan pecah rumah berusia 22 hingga 27 tahun di sebuah rumah di Jalan Mak Mandin dekat sini pukul 3.20 petang Isnin.

"Empat lelaki itu dipercayai menyewa rumah berkenaan dan geng terbabit juga menjadikan rumah itu sebagai tempat mereka berkumpul sebelum melakukan jenayah. Mereka disyaki terlibat dalam lebih 20 kes samun dan pecah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Tengah," katanya.

Beliau berkata kesemua lelaki yang ditahan itu positif dadah dan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: samun , pistol mainan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan