Pekerja Restoran Dakwa Dipukul Majikan Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menahan dua individu yang dikaitkan dengan kejadian seorang pekerja restoran wanita yang mendakwa dipukul majikan di Bandar Sungai Long, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata mangsa hari ini (Selasa) membuat laporan polis mengenai insiden yang dikatakan berlaku pada kira-kira 5.30 petang, Sabtu lepas itu.

Rakaman video mengenai insiden itu kini tular di media sosial terutama Facebook.Menurut Othman, kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan kedua-dua individu berkenaan telah dikenal pasti.

"Polis akan melakukan tangkapan tidak lama lagi," katanya.

Othman berkata wanita itu mendakwa pernah dipukul majikan sebelum ini namun tidak membuat sebarang laporan polis.

Mangsa turut mendakwa dihambur dengan kata-kata ugutan, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes pukul , PDRM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan