Pengurus Besar Pusat Urus Zakat Antara Ditahan SPRM

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Empat kakitangan Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua mereka termasuk seorang pengurus besar berpangkat Datuk dibawa ke mahkamah di sini kira-kira pukul 3 petang Selasa dengan menaiki dua kenderaan bersama tujuh kontraktor yang turut direman.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid membenarkan permohonan reman terhadap semua suspek.

Semua suspek dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang hasil kutipan zakat. 

Tags / Kata Kunci: Pusat Urus Zakat , SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan