Polis Cekup Lelaki Jual Kereta Murah Di Internet - Berita Jenayah | mStar

Polis Cekup Lelaki Jual Kereta Murah Di Internet

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 11:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang memperdaya lebih 80 individu dengan menawar penjualan kereta murah yang tidak wujud membawa padah apabila dia ditahan polis petang Selasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata lelaki berusia 42 tahun itu telah ditahan di Pekan Sitiawan, Perak pada pukul 3 petang Selasa.

"Turut dirampas dua unit telefon bimbit dan enam keping kad mesin juruwang automatik (ATM) serta satu unit komputer riba yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti penipuan itu.

"Suspek dipercayai bergiat aktif sejak tahun lepas dan setakat ini, kami telah menerima sebanyak 81 laporan polis berhubung tindakan suspek ini yang melibatkan kerugian keseluruhan RM218,500," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Mohd Kamaruddin berkata modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengiklankan tawaran penjualan kereta murah dalam media sosial seperti Mudah.my, Facebook dan Instagram.

"Mangsa yang berminat dengan kereta tersebut diminta untuk membuat bayaran pendahuluan antara RM500 hingga RM 3,000.Selepas sehari, suspek akan memaklumkan kepada mangsa bahawa kereta yang ingin dijual itu terdapat pembeli lain yang sanggup membuat pembayaran penuh," katanya.

Beliau berkata suspek akan menghilangkan diri selepas pembayaran penuh diterima daripada mangsa.

Mohd Kamaruddin berkata, siasatan lanjut mendapati suspek telah menggunakan 11 akaun bank tempatan milik lima individu dipercayai ''keldai akaun'' untuk proses transaksi wang dari mangsa kepadanya.

"Kami akan membuat permohonan tahanan reman esok (Rabu) bagi membantu siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: penipuan , kereta murah , Internet
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan