Bas Ekspres Rempuh Enam Kereta

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 7:52 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Enam kereta dan sebuah motosikal mengalami kerosakan teruk apabila dirempuh sebuah bas ekspres tanpa penumpang dalam kemalangan di KM45.3 Jalan Batu Pahat-Mersing, kawasan Sri Lalang dekat Kluang Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata kemalangan itu berlaku di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kluang kira-kira 12.45 tengah hari.

Tiada kecederaan dilaporkan.

"Kemalangan berlaku ketika bas ekspres itu, yang dipandu lelaki berumur 45 tahun, dalam perjalanan dari Ayer Hitam, Batu Pahat ke bandar Kluang.

"Pemandu itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pokok di kiri jalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebuah kereta jenis Honda dari arah Kluang," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad berkata bas ekspres itu kemudian merempuh lima lagi kereta iaitu tiga Perodua Kancil, sebuah Mitsubishi Triton, sebuah Toyota serta sebuah motosikal Yamaha milik staf JPJ yang diletakkan di perkarangan bangunan JPJ itu.

Beliau berkata siasatan mendapati pemandu itu tidak mempunyai rekod jenayah dan saman manakala pemeriksaan air kencingnya juga negatif dadah.

Bas ekspres terbabit juga tidak mempunyai sebarang saman dan cukai jalannya juga belum tamat tempoh.

"Tempat kejadian merupakan laluan dua hala yang lurus, namun, keadaan lalu lintas di kawasan itu agak sibuk," katanya. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bas ekspress , kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan