Ditahan Ugut Dr Maza

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Polis menahan seorang lelaki kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) menerusi laman sosial Facebook pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata, susulan laporan dibuat pengadu, polis menahan suspek berumur 40-an itu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut.

"Polis menerima laporan daripada pengadu yang juga mangsa itu sendiri (Asri) pada 11.20 pagi Sabtu lepas di Balai Polis Kangar yang telah mendakwa menerima ugutan di Facebook.

"Suspek yang berasal dari Kedah itu masih direman selama tiga hari sejak Ahad hingga Selasa," katanya ketika dihubungi Isnin.

Difahamkan ugutan yang dibuat oleh suspek itu ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan Mufti Perlis yang menyatakan sokongan terhadap pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik.

Zakir Naik turut pernah memberi khutbah Jumaat di Masjid Negeri Arau pada Februari tahun ini yang juga mendapat bantahan daripada segelintir pihak.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ugutan , Dr Maza

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan