Disamun Ketika Makan

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 8:50 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Niat beberapa individu untuk menikmati makan malam di sebuah restoran di Taman Melawati, akhirnya bertukar tragedi apabila mereka disamun sekumpulan enam lelaki memakai topi keledar dan bersenjatakan parang.

Video insiden samun berparang itu menjadi tular di laman media sosial sejak Ahad.

Dalam video berdurasi 1.04 minit itu, suspek meluru masuk ke dalam restoran dan mengacukan parang kepada pelanggan sebelum mengarahkan mereka menyerahkan beg tangan serta barang berharga.

Kejadian yang berlaku dalam tempoh kurang seminit itu menyebabkan pelanggan tidak berani melakukan apa-apa kerana bimbang mengenai keselamatan diri mereka.

Dalam rakaman itu, kesemua mangsa hanya membiarkan beg tangan dan barang berharga mereka diambil suspek.

Kesemua mangsa merupakan pekerja dan pelanggan restoran tersebut dengan kerugian dianggarkan bernilai RM29,745.

Suspek turut melarikan wang tunai daripada peti tunai restoran tersebut sebelum melarikan diri.

Susulan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian samun tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata polis kini menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari restoran berkenaan. 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata," katanya.

Beliau berkata rakaman CCTV dari kedai tersebut sudah diperolehi dan siasatan sedang dijalankan.

"Kejadian berlaku dalam masa yang singkat. Bagaimanapun, rakaman CCTV telah diambil dan siasatan masih dijalankan," katanya.

Tags / Kata Kunci: samun , kedai makan , PDRM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan