Raja Dadah Buat Pembedahan Plastik

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 7:55 PM

Gambar hiasan pembedahan wajah.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK:Lagaknya bagaikan ditiru daripada filem aksi Hollywood 'Face Off' arahan John Woo, apabila seorang daripada raja dadah paling dikehendaki di Thailand membuatkan agensi penguatkuasaan dadah di negara itu tidak senang duduk, berikutan penampilannya yang kini berubah selepas menjalani pembedahan plastik, untuk mengelak daripada dikesan.

Difahamkan orang buruan ini mungkin sedang bergerak ke arah Kemboja atau Malaysia untuk mencari  ‘tempat persembunyian baharu’ selepas lokasi persembunyiannya di Laos semakin tidak selamat baginya, susulan tindakan keras oleh pihak berkuasa di negara berkenaan baru-baru ini.

“Maklumat risikan kami menunjukkan bahawa dia telah pun menjalani pembedahan plastik bagi mengelak daripada ditangkap tetapi kami tidak tahu jenis pembedahan plastik yang dijalaninya,” kata Ketua Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Thailand, Sirinya Sitdichai kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Menggunakan pembedahan plastik untuk mengubah rupa paras bagi mengelak daripada ditangkap bukanlah tidak pernah dilakukan sebelum ini atau hanya terhad kepada adegan filem semata-mata, seperti yang dibongkar pihak berkuasa Thai pada Julai lepas, apabila mereka menahan seorang lelaki warga Jepun berusia 62 tahun yang mengaku menjalani pembedahan plastik untuk mengelak daripada ditahan kerana kesalahan lampau.

Lelaki itu menjadi pelarian selama 10 tahun berikutan dakwaan memanipulasi saham di Jepun dan dihantar pulang selepas ditahan di Thailand.

Raja dadah Thai itu, yang disenaraikan sebagai penjenayah paling diburu dan dikehendaki di  Thailand, melarikan diri daripada pihak berkuasa Thai selama lebih 10 tahun dan dipercayai sedang bersembunyi di Laos dan dia disyaki mendapat perlindungan daripada sindiket dadah tempatan yang sangat berkuasa.

Bagaimanapun, berikutan tindakan keras baru-baru ini oleh pihak berkuasa Laos, orang buruan yang membawa ganjaran dua juta Baht (kira-kira RM250,000) kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga dia berjaya ditahan itu kini terus melarikan diri, berkemungkinan dengan menjadikan sama ada Kemboja atau Malaysia sebagai tempat perlindungan yang berikutnya, menurut Sirinya.

"Kami telah menganalisis semua maklumat dan dia berkemungkinan pergi ke Kemboja, yang berdekatan dengan Laos atau ke Malaysia, di mana dia masih boleh mengharapkan kepada rangkaian dadahnya (untuk perlindungan)," katanya tentang lelaki yang diburu itu, berasal dari Narathiwat di selatan Thailand.

Pihak berkuasa Thai sebelum ini mendakwa orang buruan itu mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Thai dan Malaysia, yang mungkin memperjelaskan keutamaannya untuk memilih Malaysia sebagai ‘tempat perlindungan’ yang berikutnya.Menurut Sirinya, raja dadah Thai itu disangkakan melarikan diri dari negara Indo China apabila agensi penguatkuasaan dadah Thai dan Laos mempertingkatkan kerjasama mereka yang membawa kepada penahanan seorang warga Laos yang diberi gelaran  ‘Raja Dadah Asean' di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada Januari.

Nyawa raja dadah selatan Thai itu semakin dalam bahaya selepas pihak berkuasa Laos menahan dua orang suruhan ‘Raja Dadah Asean’ pada awal tahun ini dan bulan lepas.

Sumber memberitahu Bernama bahawa orang buruan Thai itu kini menggunakan nama Laos yang baharu iaitu ‘Souk Xaysana’ dan mengahwini seorang wanita Laos, selain memiliki perusahaan perniagaan yang besar di negara itu, termasuk bilik pameran kereta, ladang getah, resort dan lombong emas serta tembaga.

Tags / Kata Kunci: Raja Dadah , Pembedahan Plastik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan