Suspek Buruan Polis Parah Ditembak

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mei 2017 7:23 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan ketika cuba melarikan diri daripada buruan polis di Batu 9, Cheras, di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata dalam kejadian kira-kira 1.45 pagi itu, dua suspek yang menaiki motosikal, dikejar tiga anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal di lebuh raya berhampiran Taman Connaught.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berusia 34 dan 39 tahun itu cuba melarikan diri selepas terserempak dengan polis yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

"Polis mengejar mereka sehingga ke sebuah pasar raya di Batu 9 sebelum suspek yang membonceng motosikal mengeluarkan objek menyerupai pistol dan melepaskan tembakan ke arah polis.

"Sejurus selepas itu, tembakan suspek tersasar dan salah seorang polis kemudiannya membalas tembakan suspek menyebabkan suspek terus memecut motosikal ," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata polis terus mengejar suspek sehingga ke Jalan Cheras Baru sebelum motosikal mereka terbabas dan kedua-duanya ditahan di lokasi itu.

Othman berkata hasil pemeriksaan mendapati suspek yang membonceng motosikal cedera pada tangan dan perut akibat terkena tembakan.

Menurutnya, polis juga menemui objek berbentuk pistol dipercayai pistol buatan sendiri serta empat butir peluru dan semakan polis mendapati masing-masing mempunyai 11 dan 15 rekod jenayah lampau kes samun berkawan dan penyalahgunaan dadah.

Othman berkata suspek yang cedera parah dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan dan kedua-duanya direman tujuh hari bagi siasatan lanjut, dan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kajang , suspek polis

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan