Tiga Pelajar Maut Terbabit Kemalangan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 8:02 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tiga pelajar maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah kereta jenis Proton Gen 2 di laluan bertentangan  di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhadapan dengan Stesen Minyak Petron, Jalan Malim, Taman Cheng Bistari di sini, Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu, Mohd Aiman Hakim Badrul Hisham, 19; Nik Muhammad Sajirin Nik Hazairi, 19 dan Mohamad Shawal Abdul Razak, 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, sementara itu pemandu kereta Proton Gen 2 mengalami kecederaan.

Ketua polis daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian itu berkata, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dalam hujan lebat.

"Kes tersebut akan di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu segera ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada pukul 11.30 pagi.

"Apabila tiba di tempat kejadian anggota bertugas mendapati dua mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Viva berkenaan," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan