Wanita Cemas, Penjenayah Bersembunyi Di Rumahnya

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 8:47 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita menempuh detik cemas hampir sejam apabila rumahnya di Aprtmen Seri Intan, Setia Alam di sini dipecah masuk seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, suspek bersama seorang lagi rakan lelakinya cuba melarikan diri melalui tingkap apartmen yang disewa suspek di tingkat 11 yang diserbu polis, selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun di sini, pada 28 April lalu melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.

"Ketika cuba melarikan diri, rakan suspek telah tergelincir jatuh dan mati di tempat kejadian manakala suspek telah memecah masuk sebuah daripada unit apartmen di tingkat lapan dan bersembunyi di sana.

"Di apartmen di tingkat 11, polis telah menahan dua suspek, seorang lelaki tempatan dan wanita warga Vietnam," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Tambah Shafien, polis mengambil masa kira-kira sejam untuk menjejaki suspek dengan memeriksa setiap unit apartmen berhampiran rumah lelaki terbabit dan dapat mengesannya apabila satu daripada unit apartmen di tingkat lapan tidak membuka pintu selepas diminta.

"Kami mendapati terdapat pergerakan dalam rumah tetapi panggilan kami tidak disahut. Sejurus sebelum kami cuba membuka pintu, mangsa, seorang wanita berumur 30-an, telah membuka pintu rumahnya dan meluru keluar sambil memberitahu ada seorang lelaki bersembunyi di dalam rumahnya," katanya.

Suspek akhirnya dapat ditahan, kata Shafien sambil menambah, wanita berkenaan tidak diapa-apakan.

Tambahnya, polis turut menahan seorang lagi suspek yang berada di kawasan sekitar apartmen berkenaan dengan kerjasama pengawal keselamatan.

"Kesemua empat suspek lelaki tempatan berumur 20-an termasuk si mati mempunyai rekod jenayah termasuk dadah, manakala wanita warga Vietnam yang juga berumur 20-an tidak mempunyai dokumen yang sah," katanya.

Menurut Shafien lagi, hasil pemeriksaan di apartmen suspek, polis menjumpai pelbagai barangan dipercayai hasil samun, sepucuk pistol berserta peluru, alat memproses dadah jenis syabu dan kamera tanpa wayar. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan