Jual Tanah Wakaf, Ahli Perniagaan Direman Empat Hari

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 12:17 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang ahli perniagaan direman empat hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid di sini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi membenarkan suspek direman berikutan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berkenaan yang berpakaian kemeja-T jingga ''Lokap SPRM'' dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini kira-kira 10.30 pagi ini untuk permohonan reman itu.

Pada Khamis, dilaporkan bahawa suspek berusia 66 tahun itu yang merupakan pembeli tanah berkenaan ditahan di pejabat SPRM Melaka di Alai di sini pada 12.15 tengah hari Khamis.

Tanah wakaf tidak boleh dijual-beli dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada Rabu lepas, bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid di sini direman empat hari bagi membantu siasatan kes sama. -Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , tanah wakaf , Melaka

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan