Geng 35: 18 Pelajar Di Sungai Petani Direman

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis mendapat perintah reman selama empat hari terhadap 18 pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Petani dekat sini atas dakwaan terlibat dengan kumpulan kongsi gelap Geng 35.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Adibah Husna Zainal Abidin di mahkamah di Sungai Petani pada Jumaat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Kesemua 18 suspek berusia antara 15 dan 17 tahun. Perintah reman mereka akan tamat pada Isnin.

Pada Khamis, polis mendapat perintah tahanan reman terhadap tiga bekas pelajar menengah kerana didakwa terbabit dengan kumpulan berkenaan. Perintah reman mereka akan tamat pada Ahad.

Polis Kedah menahan kesemua 21 suspek selepas gambar sekumpulan ahli kumpulan terbabit sedang memotong kek pada 3 Mei lalu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan Geng 35 menjadi tular.

Mereka ditahan di Sungai Petani berhubung majlis keraian yang diadakan pada 'hari istimewa' mereka (3-5-2017).

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966 kerana menggunakan elemen kongsi gelap dalam sesebuah organisasi.

Kesalahan itu membawa hukuman sehingga lima tahun penjara atau denda, tidak lebih dari RM15,000.

Tags / Kata Kunci: Geng 35 , kongsi gelap

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan