Rasuah: Pengurus Besar, Isteri Direman Lima Hari

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan mereka.

Kedua-duanya akan direman sehingga 8 Mei selepas majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman membenarkan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pasangan tersebut.

Suspek berusia 54 tahun dan isterinya, 50, tiba secara berasingan di kompleks mahkamah Putrajaya masing-masing pada pukul 9 pagi dan 9.40 pagi Khamis.

Suspek lelaki yang juga pengurus besar sebuah anak syarikat Prasana Malaysia Bhd ditahan kerana didakwa menerima rasuah bernilai RM500,000.

Suspek ditahan pada pukul 6.30 petang Rabu di pejabat SPRM Putrajaya.

Isteri suspek turut ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek dipercayai telah mengambil wang rasuah kira-kira RM500,000 sejak tahun 2013 menerusi beberapa projek yang dilaksanakan di bawah penyeliaannya.

Menurut sumber, wang rasuah yang diterima juga telah dimasukkan ke dalam akaun milik isterinya sejak tahun 2013.

Tags / Kata Kunci: rasuah , SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan