14 Pelajar Dicekup Terbabit Kumpulan Kongsi Gelap

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Polis menahan 17 remaja lelaki berusia lingkungan 15 hingga 17 tahun, termasuk 14 pelajar sebuah sekolah menengah selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan kongsi gelap.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, tangkapan itu dibuat selepas gambar sekumpulan pelajar lelaki berpakaian sekolah, memotong kek sempena sambutan penubuhan Kumpulan Satu Hati atau turut dikenali sebagai Geng 35, menjadi tular di laman sosial.

"Ekoran tersebarnya gambar pelajar berpakaian seragam sekolah, meraikan penubuhan kumpulan Satu Hati (Geng 35), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, telah mengambil tindakan menangkap 17 remaja lelaki, berusia lingkungan 15 hingga 17 tahun bagi membantu siasatan.

"Kesemua 17 itu termasuklah 14 pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Muda serta tiga bekas pelajar sekolah sama, masing-masing berusia lingkungan 19 hingga 20 tahun," katanya menerusi satu kenyataan media pada Khamis.

Tambahnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966, iaitu pertubuhan yang menggunakan upacara Triad, yang disifatkan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak lebih daripada lima tahun atau didenda tidak melebihi RM15,000.

"Tiga suspek awal, yang merupakan bekas pelajar sekolah menengah, akan direman selama empat hari, bermula hari ini sehingga 7 Mei ini, manakala 14 lagi adalah tangkapan terbaharu," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Geng 35 , pelajar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan