Daesh: Guru Antara Ditahan Di Kedah - Berita Jenayah | mStar

Daesh: Guru Antara Ditahan Di Kedah

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 35 suspek termasuk seorang guru sekolah, yang disyaki terbabit dengan kegiatan Daesh, ditahan di seluruh Kedah antara tahun 2013 hingga April lalu.

Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Datuk Abu Bakar Ahmad berkata penahanan terbaru melibatkan seorang guru lelaki yang mengajar di Kulim kerana memberi sokongan kepada militan Daesh.

"Guru berumur 30-an ini telah memberi bantuan dana dan sokongan kepada militan Daesh melalui laman media sosial dan siasatan lanjut mendapati guru ini aktif memberi sokongan kepada kumpulan itu sejak dua tahun lalu.

"Penangkapan guru ini dijalankan hasil risikan anggota polis namun dia belum dihadapkan ke mahkamah kerana siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya kepada pemberita di sini Khamis selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar bersempena persaraannya Jun ini.

Beliau berkata dua anggota polis turut ditahan dalam tempoh tersebut namun seorang daripadanya telah dilepaskan selepas siasatan dijalankan manakala seorang lagi dikenakan tindakan.

Polis, kata Abu Bakar, akan turut memperketatkan kawalan di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam-Thailand bagi mengelakkan pihak tertentu daripada menyeludup masuk senjata api untuk digunakan bagi menggugat keamanan negara.

"Apabila pintu sempadan dibuka 24 jam nanti, kita percaya banyak pihak yang akan cuba ambil kesempatan tetapi saya yakin dengan kemampuan pegawai dan anggota polis Kedah untuk mengawal pintu sempadan dengan baik.

"Kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand juga akan terus dijalankan bagi bertukar maklumat demi kepentingan dan keamanan kedua-dua negara," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Daesh , PDRM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan