Polis Tahan Lelaki Bunuh Ibu Guna Tombak - Berita Jenayah | mStar

Polis Tahan Lelaki Bunuh Ibu Guna Tombak

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis di daerah utara Kota Belud di sini menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang membunuh ibunya menggunakan tombak di kediaman mereka pada Isnin.

Mangsa, Teh Jari, 57, ditemui berlumuran darah oleh seorang lagi anak lelakinya pada pukul 10.40 malam selepas mendengar jeritan wanita tersebut.

Lelaki berkenaan yang tinggal berhampiran melihat adiknya lari meninggalkan rumah itu sejurus insiden tersebut berlaku.

Jiran mangsa mengejarkan Teh ke Hospital Kota Belud sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 4.40 pagi.

Ketua Polis Kota Belud, Superitendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek yang ditahan berhampiran rumahnya pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Mesra di sini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Tags / Kata Kunci: Teh Jari , Kota Belud
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan