Polis Tahan Tujuh Suspek, Rampas Dadah Bernilai RM490,000

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 8:11 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita warga Vietnam dan  merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM490,00 dalam serbuan di bandar raya ini dan Muar antara 28 April dan 1 Mei.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ACP Lukas anak Aket berkata serbuan itu hasil risikan kira-kira sebulan dan  maklumat yang disalurkan orang awam.

Beliau berkata polis turut merampas antara lain  wang tunai, alat penimbang dan mesin kira wang serta menyita tiga buah kereta dalam serbuan itu.

"Lima lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah di kawasan Pelangi Indah, Johor Bahru, manakala seorang lelaki lagi ditahan di hadapan sebuah pusat hiburan dalam serbuan di bandar Muar.

"Jenis dadah yang dirampas  5.4 kg serbuk ecstasy, 271 biji pil Erimin 5, 2.8 kg heroin dan 315.92 gram ketamin yang dipercayai untuk edaran ke pusat-pusat hiburan," katanya pada sidang media, Selasa.

Lukas berkata ujian saringan urin  mendapati kesemua suspek berusia 25 hingga 56 tahun itu postif dadah dan empat daripada mereka mempunyai rekod jenayah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya.

Beliau berkaya enam suspek direman selama tujuh hari bermula tarikh ditahan pada 28 April lepas sehingga 4 Mei manakala seorang lagi suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 7 Mei ini, untuk siasatan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Dadah , Rampas , JN , Muar

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan