Polis Kenal Pasti Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 2:17 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis telah mengenal pasti dalang di sebalik kumpulan kongsi gelap Geng 24 dan Geng 36 yang paling terkenal di negara ini dan mereka hanya menunggu masa untuk ditahan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pasukan petugas anti-kongsi gelap polis semakin hampir menjejaki ketua-ketua kumpulan gangster itu berikutan penahanan ahli Geng 24 dan Geng 36 di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Kami akan melancarkan ops khas untuk menangkap penggerak utama mereka.

"Buat masa ini, kami sedang mengumpul seberapa banyak maklumat maklumat berkaitan pemimpin-pemimpin ini bagi mengukuhkan kes terhadap mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi kepada timbalannya, Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata dengan tangkapan itu, kegiatan gengsterism di negara ini diyakni dapat dihapuskan secara drastik tidak lama lagi.

“Dalam tempoh setahun enam bulan ini, kita akan dapat jatuhkan kegiatan gengsterisme menerusi pendekatan baharu yang digunakan polis ketika ini," katanya. 

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kegiatan gengsterisme yang dilapor menular dalam kalangan pelajar sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Rashid berkata seramai  40 anggota geng  24 dan 36 telah diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA). 

"Selepas tindakan dikenakan ke atas anggota kumpulan 24 dan 36, aktiviti gengster telah menurun sehinggakan baru-baru ini mereka menggunakan pula taktik baharu dengan melibatkan pelajar sekolah. 

"Mereka (anggota kumpulan) tahu tindakan yang dikenakan ke atas pelajar agak sederhana iaitu di bawah Kanun Keseksaan berbanding mereka yang dikenakan tindakan di bawah SOSMA yang apabila didakwa, mahkamah tidak akan memberi ikat jamin sehingga selesai perbicaraan kes," katanya.

Noor Rashid berkata pihak polis akan meningkatkan lagi hubungan dengan  sekolah sebagai usaha untuk memerangi kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar.

Mengenai 40 orang yang ditahan selepas tersebarnya klip video meraikan ahli kumpulan Geng 24 di luar sebuah sekolah di Klang, Noor Rashid berkata, mereka akan didakwa melakukan perhimpunan haram dan merosakkan harta benda awam atau persendirian.

Pada majlis itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi menyerahkan tugasnya untuk disandang Datuk Hasnan Hassan.

Abd Rahim yang telah berkhidmat dengan kontinjen polis Perak selama setahun akan bertukar ke Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Turut diadakan ialah acara serah tugas Timbalan Ketua Polis Perak yang disandang Hasnan kepada Datuk Zainuddin Yaacob yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan