63 Pati Warga Indonesia Ditahan Ketika Cuba Seludup Keluar Dari Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 1:44 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bayi perempuan berusia lapan bulan antara 63 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan empat batu nautika dari perairan Pelabuhan Barat, Klang dekat sini, ketika cuba menyeludup keluar dari negara ini awal pagi Selasa.

Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah Maritim 4 Selangor, Komander Maritim Mohd Iszuadi Mohamad Hassan berkata kesemua mereka bersama seorang tekong dan tiga awak-awak ditahan kira-kira 5 pagi.

"Ketika itu bot ronda APMM sedang melakukan rondaan bagi Ops Satria Selatan dan melihat bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut kami mendapati seramai 67 orang termasuk tekong dan awak-awak berada di dalam bot berkenaan di mana kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Tambah beliau kesemua Pati yang ditahan berusia lingkungan lapan bulan sehingga 56 tahun melibatkan 15 perempuan, dua kanak-kanak perempuan dan 46 lelaki.

Kesemua yang ditahan dibawa ke depoh tahanan APMM Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/ 63 dan Seksyen 26C Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: APMM , Pati , seludup

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan