Majikan Disyaki Dera Amah Direman

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 1:27 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis menahan dua suspek warga tempatan untuk membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam kes mendera tiga orang pembantu rumah warga Indonesia pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kedua suspek wanita berusia 50-an dan anak lelakinya berusia 20-an itu ditahan reman selama tiga hari bermula Sabtu.

"Kedua suspek akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007," katanya.

Katanya polis akan mengadakan siasatan lanjut berhubung kes tersebut termasuk mengambil keterangan daripada suspek dan juga mangsa.

Akhbar tempatan pada Ahad melaporkan tiga pembantu rumah warga Indonesia mengambil tindakan nekad untuk melarikan diri dan meminta bantuan daripada orang ramai kerana tidak tahan didera oleh majikan mereka di Bukit Katil.

Ketiga-tiga pembantu rumah terbabit mendakwa bahawa mereka sering dipukul hingga mendatangkan kecederaan, malah gaji yang seharusnya diterima didakwa disimpan majikan terbabit. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes dera , pembantu rumah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan