Geng 24: Tujuh Lagi Pelajar Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tujuh lagi pelajar ditahan malam Jumaat kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Tujuh pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu ditahan di rumah mereka di pelbagai lokasi di sini oleh pasukan polis daerah Klang Selatan.

Semua yang ditahan adalah pelajar dari SMK Raja Mahadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan mengesahkan penahanan.

Mereka yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Klang dan mendapat perintah tahanan reman selama empat hari bermula Sabtu.

Peguam Gerard Lazarus mewakili kesemua tujuh pelajar.

Pada Khamis, polis telah menahan tiga suspek di Klang kerana disyaki mempunyai hubungan dengan Geng 24, selepas 38 suspek lain ditahan sebelum itu berkaitan kes sama.

Ini menjadikan jumlah tangkapan menjadi 48 orang.

Kebanyakan pelajar telah pun dibebaskan tetapi polis akan membuat lebih banyak tangkapan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari siasatan.

Pada 20 April, dua klip video yang memaparkan sekumpulan individu termasuk pelajar berpakaian sekolah berkumpul di hadapan sebuah sekolah dan dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, memegang kain rentang tertera nombor '24', selain memotong kek yang mempunyai lakaran gambar beserta tulisan 'SMK Sri Andalas 24 Apache'.

Keesokan harinya, kejadian yang sama berlaku berhampiran SMK Simpang Lima, Klang.

Tags / Kata Kunci: Geng 24 , samseng , SMK Raja Mahadi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan