11 Miliki Kad Pengenalan Palsu Antara 65 Pati Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebelas pendatang asing tanpa izin (PATI) disyaki memiliki kad pengenalan palsu antara 65 yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam Op Ikrar di Klang pada Jumaat.

Pengarahnya, Omran Omar berkata operasi yang dijalankan di sebuah kilang memproses dan membungkus kopi pracampuran itu turut disertai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dalam operasi dua jam bermula 6.45 petang itu, 150 pekerja asing diperiksa dan 65 daripadanya ditahan atas beberapa kesalahan antaranya tinggal lebih masa, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan salah guna pas.

"Ketika pemeriksaan, JPN mengenal pasti 11 kad pengenalan palsu milik pekerja kilang berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mereka yang ditahan ialah 45 warga Indonesia, 13 (Nepal), enam (India) dan seorang warga Vietnam serta berumur antara 18 dan 50 tahun.  Mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1), Seksyen 15(1) dan Peraturan 39(b) Akta Imigresen serta Akta Pendaftaran Negara 1959.

Tags / Kata Kunci: Pati

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan