Anjing 'Selamatkan' Peniaga Dari Tedung Selar 4 Meter

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 11:45 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bunyi salakan anjing yang gamat telah menyelamatkan sepasang suami isteri pemilik kedai buah yang menyedari kehadiran ular tedung selar sepanjang empat meter di bawah rak buah kedai mereka di Kampung Melayu, Batu Arang di Selangor malam Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang Yazli Yahya berkata pasangan suami isteri berusia 50-an itu berasa hairan apabila anjing peliharaan mereka membuat bising luar biasa berhampiran rak buah yang terletak di belakang kedai pada kira-kira pukul 7 malam.

-fotoBERNAMA

"Setelah mereka memeriksa kawasan rak buah itu, mereka tergamam apabila menemui seekor ular tedung selar yang besar dan berukuran sepanjang 13 kaki (4 meter).

"Kami segera mengerahkan seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.13 malam dan tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Yazli berkata pasukan bomba berjaya menangkap haiwan reptilia berbisa berkenaan menggunakan alat penjerut ular dalam masa kurang dari tiga minit.

"Ular itu dipercayai datang dari hutan simpan berhampiran," katanya.

Beliau berkata ular berkenaan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang sebelum dilepaskan ke Hutan Simpan Batu Arang yang terletak jauh dari kawasan perumahan.

Tags / Kata Kunci: tedung selar , anjing , Yazli Yahya

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan