18 Penagih Bersama Pengedar Ditahan Di Parit

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

PARIT: Polis menahan 18 penagih dadah termasuk dua lelaki disyaki pengedar serta merampas 59.78 gram pelbagai jenis dadah dalam sebuah operasi di sebuah pondok di dalam kebun pisang, di Kampung Nyior pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam serbuan yang bermula pada 8 pagi dan berakhir pada 2 petang Rabu, kesemua penagih dadah yang berumur antara 20 dan 40 tahun itu dipercayai sedang gian menagih di pondok berkenaan yang terlindung di belakang sebuah rumah kosong.

"Seorang suspek dipercayai pengedar dadah berumur 34 tahun ditemui dengan bersama dua paket plastik dan 28 keratan tiub straw berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 38.34 gram, manakala seorang lagi suspek pengedar berusia 44 tahun dijumpai bersama 47 tiub straw berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 17.98 gram," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati seorang daripadanya mempunyai rekod lampau atas kesalahan penggunaan dadah dan mereka kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah.

Mohamad Zainal berkata seorang daripada penagih dadah itu ditemui dengan empat paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 3.46 gram dan ditahan mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952.

"Hasil ujian saringan air kencing  mendapati kesemua mereka positif pelbagai jenis dadah termasuk Morphine dan Methamphetamine manakala 15 lagi penagih dadah yang kesemuanya lelaki itu, kini ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Penagih , Pengedarm Parit

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan