Penyeludupan Bir, Minuman Keras Di PTP Tumpas

Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 7:00 AM

Subromaniam (dua, kanan) bersama Pengarah Kastam Johor, Datuk Jaafar Mat Jawi (kanan) menunjukkan hasil rampasan penyeludupan bir dan minuman keras pada sidang media, Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Johor menumpaskan tiga kes penyeludupan bir dan minuman keras bernilai lebih RM20 juta termasuk duti dan cukai di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, di sini, antara 17 dan 22 April lepas.

Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Subromaniam berkata rampasan dilakukan hasil risikan anggota Kastam selepas mendapati sindiket penyeludupan menyalahgunakan kemudahan zon bebas untuk menyeludup barangan terbabit.

"Dalam serbuan pertama, 17 April lepas, anggota Kastam menemukan 14 kontena bermuatan bir dan minuman keras yang diimport tanpa lesen import di pelabuhan itu manakala dalam serbuan kedua, 20 April lepas, sejumlah 44,000 peti bir dan minuman keras (whisky) ditemukan dalam dua gudang di pelabuhan tersebut," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Subromaniam berkata dalam serbuan ketiga pada 22 April lepas pula, anggota Kastam menemukan 115,200 tin bir pelbagai jenama selepas memeriksa dua lori kontena di pelabuhan terbabit.

Beliau berkata kedua-dua pemandu lori kontena itu ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Katanya kesemua kes tersebut disiasat mengikut Sekyen 135(1)(a) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana terlibat dalam mengimport dan mengangkut barangan larangan.

Menurut Subromaniam, modus operandi sindiket penyeludupan tersebut dilakukan dengan membawa masuk barangan ke dalam zon bebas sebelum dibawa keluar tanpa proses kelulusan Kastam.

Akibat daripada itu, kerajaan kehilangan hasil duti dan cukai berjuta ringgit setiap tahun, katanya.Menurut Subromaniam, bagi menangani isu berkenaan, kerajaan menguatkuasakan pindaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 iaitu pengimport perlu mengemukakan lesen import semasa mengikrar kepada Kastam, mulai 1 April lepas.

"Sebelum 1 April, lesen import tidak diperlukan dan selepas 1 April, Kastam menguatkuasakan pindaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 iaitu pengimport perlu mengemukakan lesen import semasa mengikrar kepada Kastam.

"Perintah Kastam ini mensyaratkan barangan seperti rokok dan minuman keras adalah tertakluk kepada lesen import semasa pengimportan ke dalam negara atau semasa barangan tersebut dalam transit," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jabatan Kastam , penyeludupan bir , PTP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan