Pemancing Maut Bersama Rod Yang Diubah Suai

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut akibat hasil rekaannya sendiri ketika memancing di sebuah parit dekat sungai di Sandakan.

Lelaki itu dikatakan telah menggunakan pancing elektrik ciptaannya untuk menangkap ikan di parit di kawasan setinggan berhampiran Kampung Mangkalinau petang Isnin.

Beliau dipercayai telah tergelincir dan jatuh ke dalam air.

Beliau kali terakhir dilihat kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata lelaki itu, yang dikenali sebagai Kamal Siada, 41, dipercayai telah terkena kejutan elektrik apabila terjatuh ke dalam air bersama rod yang diubah suai.

"Dia telah menggunakan wayar elektrik yang dililit pada sebatang kayu dan mengubahnya menjadi rod elektrik. Malah terdapat suis pada rod tersebut," katanya.

Kaedah itu membolehkan ikan diperolehi dengan lebih cepat dan lebih mudah kerana terkena kejutan atau mungkin mati apabila elektrik menyentuh air, sekali gus menjadikannya terapung.

Andrew berkata mayat Kamal ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 8 pagi Selasa.

"Penduduk kampung menarik mayatnya keluar dari parit sementara menunggu bantuan tiba," katanya.

Tags / Kata Kunci: rod pancing , kejutan elektrik

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan