Mayat Warga Nepal Ditemui Di Kawasan Perindustrian Kajang

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 7:49 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Polis menemui mayat seorang lelaki warga Nepal di kawasan perindustrian di sini, pagi Selasa.

Warga Nepal itu dikenali pasti sebagai Lawar Prakash, 34, dan dipercayai diserang sebelum mayatnya dibuang ke dalam parit di Jalan Mega 3A, di kawasan perindustrian Mega Industrial di Bandar Teknologi Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, polis menyiasat kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita minta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu kami dalam siasatan," katanya.

Sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superitendan P. Nallasamy dari balai polis Kajang di talian 03-8733-6580.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan