'Ingatkan Bunyi Sampah Dibakar Meletup'

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: "Saya ingat bunyi bahan sampah yang sedang dibakar meletup sebelum terdengar bunyi bising di hadapan rumah dan melihat bahagian muka anak saudara berlumuran darah," kata Rodiah Zainon, 43.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang semalam, Nur Syahida Bakar, 12, cedera di muka dan beberapa bahagian badan selepas terkena peluru penabur sesat ketika sedang makan di dapur rumahnya.

Wanita itu berkata ketika kejadian dia sedang berbual bersama keluarganya di bahagian belakang rumah sebelum terdengar satu bunyi letupan yang kuat.

"Pada mulanya ingat ada bahan sampah yang meletup kerana kami sedang bakar sampah sebelum terdengar bunyi bising dari hadapan rumah mangsa.

"Saya terus ke hadapan rumah sebelum melihat keadaan mangsa yang berlumuran darah di muka dan beberapa bahagian badan yang lain akibat terkena peluru," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Katanya, dalam keadaan kelam kabut suaminya, Mohd Rahmat Othman, 40, terus menghantar mangsa bersama ayahnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Rodiah berkata kawasan berhampiran rumah memang menjadi tumpuan orang untuk menembak dan menangkap burung ayam-ayam.

"Selalu mereka datang untuk menembak dan menangkap burung ayam-ayam pada pukul 4 atau 5 petang. Tetapi belum pernah ada lagi kejadian seperti ini dan saya harap tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi," katanya.

Mohd Rahmat berkata tembakan itu dilepaskan dari kawasan bendang di bahagian belakang pintu rumah mangsa.

"Jarak tempat lelaki itu lepaskan tembakan dengan pintu belakang rumah mangsa sangat dekat kira-kira 20 meter sahaja," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kes Tembakan , Alor Setar

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan