31 Pengunjung Pusat Hiburan Ditahan Positif Dadah

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 3:15 PM

Mior Faridalathrash Wahid

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seramai 31 pengunjung pusat hiburan yang sedang khayal dan leka menari di sebuah pusat hiburan di sini ditahan selepas didapati positif dadah dalam Operasi Khas Pusat Hiburan, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 46 tahun itu positif dadah jenis morphine, amphetamine, methamphetamine dan ketamin.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 19 lelaki dan 12 wanita termasuk empat perempuan warga asing iaitu masing-masing dua Indonesia serta Thailand.

"Ketika serbuan pada 4 pagi itu, hasil ujian air kencing mendapati 31 pengunjung pusat tersebut positif dadah termasuk seorang lelaki yang juga kakitangan kerajaan.

"Lelaki itu merupakan pembantu tadbir di sebuah agensi kerajaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas,” katanya pada Ahad

Mior Faridalatrash berkata dalam operasi itu, polis turut merampas sejumlah dadah jenis ketamin, ganja dan pil ecstasy dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau memberi amaran kepada pengusaha pusat hiburan agar tidak menjadikan  premis mereka sarang penyalahgunaan dadah dan polis akan terus menjalankan operasi di  premis yang didapati wujud kegiatan penyalahgunaan dadah.

"Kami menyeru masyarakat setempat supaya dapat menjadi mata dan telinga polis dengan menyalurkan sebarang maklumat sekiranya terdapat penglibatan penagihan, pengedaran dadah dan jenayah di kawasan  mereka,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Positif Dadah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan