Pembantu Warden Pukul Pelajar Ada Rekod Jenayah

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 6:27 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pembantu warden sebuah madrasah tahfiz dekat Kota Tinggi yang kini direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes pukul pelajar madrasah tersebut memiliki satu rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi ACP Rahmat Othman berkata lelaki berumur 29 tahun dan masih bujang itu pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri dalam bangunan dan dipenjara 30 bulan.

"Berdasarkan siasatan, kita dapati pembantu warden itu mempunyai rekod jenayah bersabit Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Dia dijatuhi hukuman penjara 30 bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 22 Mei 2014," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Rahmat berkata, pihak polis setakat ini sudah merekodkan keterangan daripada pengetua, kakitangan sekolah dan rakan pelajar itu di madrasah berkenaan.

Pembantu warden tersebut ditahan polis kira-kira 4 petang semalam di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, di sini, selepas ibu pelajar tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian pukul berkenaan.

Pada Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat, dilaporkan berkata pelajar tersebut Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, terpaksa dipotong kedua kakinya kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian lain tubuh badan namun pelajar itu kemudian disahkan koma.

Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Rabu lepas, menjadi tular di media sosial  selepas dipercayai  mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas akibat dipukul oleh pembantu warden.-Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan