Dua Pelajar UMS Maut Kereta Rempuh Pokok

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 12:42 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok di jalan di Likas, awal pagi Ahad.

Mangsa adalah Mohd Haidil Amran, 23, dari Kunak dan Nur Azlina Tan Lian Chew, 22 dari Tawau.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rakman berkata, kedua mereka meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 2.41 pagi kerana mengalami beberapa kecederaan.

Beliau menambah, siasatan awal menunjukkan Mohd Haidil hilang kawalan semasa cuba memotong kenderaan lain.

"Kita percaya dia hilang kawalan menyebabkan kereta mereka melanggar pembahagi jalan dan merempuh pokok," katanya.

George berkata, pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang remuk dan doktor yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kedua mereka meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan kenderaan dihantar ke Puspakom untuk siasatan lanjut.

"Kita percaya kecuaian merupakan punca kemalangan. Siasatan masih sedang berjalan," tambah George.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan