Raja Bomoh Dibebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibrahim Mat Zin, yang juga dikenali sebagai Raja Bomoh telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau sebelum ini ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat dan dibawa ke Bukit Aman di sini untuk disoal siasat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyebut perkataan-perkataan dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang.

"Kami mengambil kenyataannya dan setakat ini dia telah bekerjasama dalam siasatan.

"Kami telah melepaskannya dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi The Star pada Sabtu.

Sebuah portal berita pada Jumaat melaporkan bahawa bomoh kontroversi itu telah ditangkap.

Ibrahim sebelum ini telah dipanggil oleh polis dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas melakukan upacara 'memagar' negara ini daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Ibrahim mengikut Seksyen 111 Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: Raja Bomoh , pagar negara , Kim Jong-nam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan