Lagi Kejadian Geng Pelajar Buat Kecoh Di Luar Sekolah Di Klang

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Polis berdepan satu lagi kejadian membabitkan pelajar, yang dipercayai terlibat dengan aktiviti berkumpulan dengan mencetuskan kekecohan di luar sekolah.

Dalam video 45 saat yang dikeluarkan oleh polis, beberapa remaja dilihat berkumpul dan mengelilingi dua biji kek berbentuk nombor 2 dan 4, dihiasi dengan lambang swastika dan perkataan 'La Salle 24'.

Kumpulan remaja berkenaan yang memakai baju T dengan perkataan 'La Salle' dilihat menyuap kek antara satu sama lain menggunakan tangan. Mercun juga dipasang di jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat  berkata kejadian berlaku pada Jumaat di belakang SMK Simpang Lima di Klang.

Beliau berkata anggota polis yang membuat rondaan dengan MPV berhampiran Lebuh Tamarind di belakang sekolah itu ternampak sekumpulan anak muda bermain mercun pada tengah hari.

"Kumpulan remaja terbabit cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis," kata Fadzil dalam satu kenyataan Sabtu.

Beliau berkata polis berjaya menahan dua remaja dan merampas motosikal dengan nombor pendaftaran palsu di tempat kejadian.

Fadzil berkata dalam operasi susulan, empat lagi individu ditahan dari pukul 7.30 hingga 9.30 malam pada hari yang sama di sekitar Pandamaran dan Bukit Tinggi di Klang.

Beliau berkata, lima daripada mereka yang ditahan berusia antara 15 dan 17 tahun itu adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Klang dan SMK Tengku Ampuan Jemaah Klang. Polis sedang memeriksa latar belakang keenam-enam mereka.

Fadzil berkata kesemua enam ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu.

Insiden itu berlaku selepas dua klip video yang menunjukkan kumpulan penunggang motosikal mencetuskan kekecohan di luar sekolah menjadi viral pada Khamis.

Dua klip video itu memaparkan sekumpulan individu termasuk pelajar berpakaian sekolah berkumpul di hadapan sebuah sekolah dan dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, memegang kain rentang tertera nombor '24', selain memotong kek yang mempunyai lakaran gambar beserta tulisan 'SMK Sri Andalas 24 Apache'.

Tags / Kata Kunci: geng pelajar , pelajar Klang , La Salle 24

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan