Lori Tanah Rempuh Tiang Plaza Tol

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 4:04 PM

-foto Internet

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan arah utara cemas seketika apabila sebuah lori yang membawa muatan tanah terbabas sebelum merempuh tiang Plaza Tol Ipoh Selatan, dekat Ampang di sini pagi Sabtu.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu menyebabkan pemandu lori berusia dalam lingkungan 50-an patah kaki kanan.

Sementara itu, jurucakap polis Perak ketika dihubungi berkata lori berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Gopeng ke Ipoh sebelum dipercayai memasuki laluan tol untuk kereta.

"Lori itu terlalu besar dan tidak muat lorong tol yang mahu dilaluinya, namun punca sebenar kejadian masih disiasat," katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Abdul Khir Md Noh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.21 pagi sebelum 13 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapati seorang lelaki yang juga pemandu lori tersepit di tempat duduknya. Dia berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan di kaki sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: plaza tol , lori tanah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan