Keluarga Keliru Lelaki Cedera Diserang Atau Terhantuk Pokok

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 6:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga seorang lelaki yang mungkin telah diserang oleh sekumpulan lelaki selepas berlakunya satu kemalangan kecil menggesa saksi kejadian tampil untuk memberi penjelasan.

Wong Kam On, 53, sedang dalam perjalanan untuk membeli peralatan kereta di Jalan Ipoh kira-kira pukul 5.30 petang pada 14 April lalu apabila beliau terlibat dalam satu perlanggaran dengan seorang penunggang motosikal.

Lelaki itu, yang berada dalam keadaan bingung telah menghubungi saudaranya yang datang ke tempat kejadian sebelum beliau dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Anak perempuannya, Wong Mah Thung, 17, berkata bapanya pulang ke rumah pada malam itu dalam keadaan luar biasa.

"Dia tertidur, bangun tiba-tiba dan mula muntah-muntah.

"Keesokan harinya dia lumpuh sebelah badan," katanya kepada pemberita ketika ditemui berhampiran tempat kejadian pada Sabtu.

Beliau kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan perlu menjalani pembedahan segera kerana terdapat darah beku di otaknya.

Mah Thung berkata bapanya beransur sembuh tetapi tidak banyak yang diketahui tentang apa yang telah berlaku.

Abangnya, Wong Kam Sing, 57, berkata beliau telah pergi ke tempat kejadian dan diberitahu oleh seorang pengawal keselamatan bahawa adiknya telah diserang oleh sekumpulan lelaki.

"Saya membuat laporan polis tetapi masih tiada tangkapan dibuat," katanya.

Kam Sing dan Mah Thung menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata setakat ini siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

"Kami menemubual mangsa yang mendakwa kepalanya telah terhantuk dahan pokok di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Wangsa Maju sebelum kemalangan itu.

"Kami menemubual pengawal keselamatan berkenaan dan dia juga memberitahu kami bahawa dia hanya melihat orang ramai mengerumuni lelaki itu yang tidak sedarkan diri dalam keretanya.

"Temubual dengan doktor yang merawatnya juga mendedahkan bahawa kecederaannya adalah konsisten dengan hentakan tunggal di kepala," katanya sambil menambah polis masih menyiasat perkara itu.

Tags / Kata Kunci: kemalangan , cedera kepala

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan