Geng Samseng Kembali Ke Sekolah

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 8:37 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Aktiviti samseng di sekolah-sekolah kembali mendapat perhatian apabila polis menahan 13 orang pelajar selepas berlaku kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang.

Polis Selangor telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat aktiviti berkumpulan di beberapa buah selepas video sekumpulan penunggang motosikal membuat kecoh di luar sekolah di Taman Sri Andalas menjadi tular.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, walaupun motif kekecohan itu masih lagi disiasat, kesemua 13 pelajar dan lima yang lain telah ditahan reman.

"13 pelajar yang ditahan adalah dari sekolah-sekolah di kawasan itu, manakala lima remaja lain bekerja sebagai mekanik dan pengawal keselamatan.

"Mereka ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Selangor.

Beliau berkata, sebaik sahaja video yang menjadi tular, satu laporan polis telah dibuat dan sebuah pasukan khas telah ditubuhkan.

"Kami bersama-sama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah melancarkan satu operasi pada malam Khamis dan menahan beberapa orang remaja berumur di antara 16 dan 25 tahun.

"Kami  menyiasat kes itu di bawah Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966  menggunakan elemen kongsi gelap," katanya.

Penahanan itu dibuat susulan dua video berasingan di mana penunggung motosikal menimbulkan kekecohan dan berkelakuan tidak sopan di luar kawasan sekolah menjadi tular pada Khamis.

Menerusi klip video pertama yang berdurasi 1.14 minit, kumpulan itu dilihat menjerit di luar sekolah itu.Mereka juga kelihatan memegang kain rentang yang tertera angka "24", "TD4" dan juga lambang swastika hitam.

Video kedua pula memfokuskan sebuah kek dengan perkataan "SMK Sri Andalas", "24" dan "Apache" tertulis diatasnya.Sekurang-kurangnya seorang penunggang motosikal memakai uniform sekolah.

Lokasi dan masa untuk klip berdurasi 24 saat itu menyamai dengan rakaman yang pertama.

Tags / Kata Kunci: gengster sekolah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan