Dua Pekerja Bangladesh Maut Tertimbus

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 12:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua buruh binaan warga Bangladesh maut apabila tebing berhampiran rumah kongsi yang didiami mereka runtuh di Batu 12 Jalan Hulu Langat, awal pagi Ahad.

Mangsa yang dikenali sebagai Rana, 40, dan Masudrana, 22, terbunuh selepas tertimbus dalam tanah semasa sedang tidur dalam dua bilik berasingan di rumah kongsi itu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ahmad Hisham Abdul Rahman berkata kejadian yang berpunca daripada hujan lebat pada kira-kira 2 pagi itu, turut menyebabkan seorang lagi pekerja patah kaki.

"Runtuhan tebing berkeluasan 18 meter persegi itu membabitkan empat mangsa di dua bilik dalam rumah kongsi itu. Dua mangsa selamat manakala dua lagi tertimbus.

"Mangsa yang tertimbus dikeluarkan oleh rakan mereka sebelum bomba tiba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ahmad Hisham berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.09 pagi sebelum sebuah jentera dengan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Bangladesh , Hulu Langat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan