Pemandu Wanita Terbabit Kemalangan Di Baling Positif Dadah

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 10:02 AM

Seorang pemandu wanita berusia 37 tahun yang terbabit dalam kemalangan maut di Baling pada Selasa tiba di Mahkamah Majistret Baling pada pukul 8.30 pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemandu wanita berusia 37 tahun yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling dan isternya, di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling, pada Selasa, disahkan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Sharifudin Yusof berkata saringan awal ujian air kencing wanita tempatan itu disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Pemeriksaan juga menunjukkan bahawa wanita penjual sayur itu juga melakukan beberapa kesalahan trafik termasuk satu rekod kemalangan pada tahun 2015, dua rekod memandu laju dan melanggar lampu isyarat serta memandu dengan lesen tamat tempoh.

Wanita tersebut yang memandu Toyota Hilux dan berasal dari Baling itu dibawa ke Mahkamah Majistret Baling pada pukul 8.30 pagi Rabu dan mendapat perintah tahanan reman selama empat hari untuk disoal siasat.

Sharifudin berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian 7.15 pagi itu, ASP Mohd Noor Mat Ayub sekeluarga menaiki Toyota Passo dalam perjalanan menghantar isterinya, Suriya Abdul Rahman, 37, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri sebelum sebuah Toyota Hilux dari arah Baling, merempuh belakang kereta mangsa.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah kereta jenis Honda City dari arah Kupang ke Baling menyebabkan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat anak mereka mengalami kecederaan.

Tags / Kata Kunci: positif dadah , kemalangan maut , Baling

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan