72 Pertubuhan Ada Elemen Kongsi Gelap - Jazlan

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 4:48 PM

Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan sejumlah 72 pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang kerana ia dikenal pasti mempunyai elemen kongsi gelap, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata tindakan itu dibuat dengan mengambil kira ancaman yang boleh dicetuskan oleh pertubuhan terbabit termasuk kegiatan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan menimbulkan keadaan takut kepada jenayah di kalangan masyarakat.

"Pertubuhan ini sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar biasanya melakukan kegiatan kongsi gelap seperti jenayah terancang, gengsterisme, bunuh, cubaan membunuh, pemerasan, ugutan dan pengedaran dadah.

"Mengambil kira ancaman itu, kita ambil langkah bagi mengekang kegiatan pertubuhan-pertubuhan ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara, Khamis.

Nur Jazlan berkata mana-mana individu yang menyertai pertubuhan berkenaan juga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 43 dan 52 (3) Akta Pertubuhan 1966.

Nur Jazlan berkata KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menjalankan Ops Cantas Khas 1 dan 2 bagi mengawal kegiatan berkenaan.

Sementara itu, ketika menjelaskan mengenai perkembangan kehilangan dua pastor iaitu Raymond Koh Keng Joo dan Joshua Hilmy serta isterinya pada Februari lalu, Nur Jazlan berkata PDRM masih menjalankan siasatan bagi mengesan mangsa dan suspek yang bertanggungjawab.

Bagi kes Koh, seorang suspek telah ditahan namun didapati bukan suspek utama tetapi hanya mengambil kesempatan serta telah dituduh kerana melakukan pemerasan, katanya.

Bagi kes Joshua, PDRM masih berusaha mendapatkan petunjuk baharu memandangkan masih tiada pihak yang menyalurkan maklumat atau meminta sebarang tebusan serta belum ada sebarang tangkapan setakat ini.

Mengenai isu sebuah akhbar tempatan Nanyang Siang Pau berhubung karikatur yang dianggap menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nur Jazlan berkata kementerian itu sedang memantau bagi memastikan pengurusan akhbar itu mengambil tindakan terhadap individu terlibat.

"Siasatan telahpun dijalankan berdasarkan laporan yang diterima. Akhbar itu diberikan surat amaran keras dan mendesak diambil tindakan terhadap editor, sub editor, pelukis kartun tersebut seperti dikenakan gantung kerja atau tindakan dalaman," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Elemen kongsi gelap , pertubuhan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan