Polis Tahan Lima Suspek Jual Biskut Ganja

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 5:30 PM

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias (tengah) bersama para pegawainya menunjukkan kepingan biskut mengandungi ganja yang berjaya dirampas dalam dua serbuan di Bukit Antarabangsa pada Selasa lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima lelaki termasuk seorang wartawan dan seorang pelajar universiti, ditahan polis kerana disyaki menghasilkan dan menjual dadah jenis ganja di dua buah rumah di Bukit Antarabangsa di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata tangkapan dilakukan pada kira-kira pukul 9 malam selepas polis menjumpai dan merampas ganja mampat serta biskut ganja yang sudah dibakar di situ.

"Serbuan di rumah pertama menemui empat ketulan mampat disyaki ganja, tiga keping biskut ganja dan satu bekas jenis Tupperware berisi serbuk tumbuhan ganja.

"Selepas serbuan di rumah pertama seterusnya menjurus kepada rumah kedua di mana pembuatan biskut ganja itu dibuat dan (polis) mendapati 34 keping (215 gram) biskut yang dipercayai mengandungi ganja serta  1/2 keping biskut ganja bersaiz besar (29 gram)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Khamis.

Hamzah berkata kelima-lima suspek, termasuk seorang pemastautin tetap yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 27 tahun itu, baru berjinak-kinak membuat jualan secara dalam talian bahan terlarang itu.

Pemastautin tetap dan dua lagi suspek itu ialah penganggur.

"Mereka masih baru sahaja berjinak dalam perniagaan ini dan hasil siasatan awal kami mendapati dengan cara penjualan biskut ini merupakan trend (kaedah) terbaru untuk menjual ganja kepada pembeli," katanya.

Dalam pada itu, hasil ujian saringan awal kencing yang dijalankan ke atas kelima-lima suspek  mendapati kesemua mereka positif dadah jenis ganja 'THC'.

Mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula 19 April lepas dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Biskut Ganja

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan