Wanita Langgar Pegawai Polis Direman Empat Hari

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 1:07 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemandu wanita yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling dan isterinya, di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling, Selasa, ditahan reman empat hari bermula Rabu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Mohd Izmi Ibrahim di Mahkamah Majistret Baling mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) bagi membolehkan wanita tempatan berusia 37 tahun itu disiasat lanjut.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffuddin Yusoff berkata, perintah itu turut membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Siasatan akan dijalankan terhadap suspek yang disahkan positif dadah jenis methamphetamine selepas menjalani saringan awal ujian air kencing semalam," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Dalam kejadian 7.15 pagi itu, ASP Mohd Noor Mat Yaub sekeluarga menaiki Toyota Passo dalam perjalanan menghantar isterinya, Suriya Abdul Rahman, 37, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri sebelum sebuah Toyota Hilux dari arah Baling, merempuh belakang kereta mangsa.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah kereta jenis Honda City dari arah Kupang ke Baling menyebabkan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat  anak mereka mengalami kecederaan. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan